Pip-Pedia

Berkongsi Informasi

Post Top Ad

January 17, 2021

4 Jenis “Learning Style” Anak Anak Yang Mak Ayah Perlu Ambil Tahu -

by , in
Mak Ayah Wajib Tahu 4 Jenis “Learning Style” Anak Anak. Jom baca agar kita semua faham dengan anak-anak kita, cara bagaimana harus kita didik mereka agar berkesan dan menjadikan anak-anak happy sangat.

4 Jenis “Learning Style” Anak Anak Yang Mak Ayah Perlu Ambil Tahu

Learning Style Anak Anak : AUDITORI

Anak auditori ni sangat peka pada audio dan bunyi. Telinga mereka sangat sensetif. Tengah fokus belajar pun boleh terganggu bila terdengar suara adik beradik.

Nak kenal anak jenis auditori lihat pada keupayaan dia.

- Lebih minat lagu berbanding gambar

- Boleh hafal lagu dan surah

- Senang ingat bila ada irama dan rentak

- Cepat bosan bila suruh menulis dan membaca

- Tapi bila dengar kita bercerita, dia la yang paling fokus

Anak auditory ini kena belajar setiap hari secara ulang ulang. Kerana mereka susah nak ingat kalau tak di ulang. Repetition adalah rahsia untuk mereka jadi hebat.

Amaran :

Elakkan “Trash Talk” depan anak auditori sebab sekali dia dengar dia akan ingat sampai bila-bila.

Learning Style Anak Anak : VISUAL


Sedihnya, anak visual ni selalu di panggil degil. Sebabnya mereka susah nak makan nasihat dan di tegur. Panggil ratus kali baru sekali dia menyahut.

Yang sebenarnya bukan mereka tak nak dengar tapi mereka tak “Mampu” nak mendengar. Ini kerana otak mereka di program untuk menerima data dari penglihatan sahaja, data dari pendengaran banyak di tapis.

Nak kenal anak visual tengok pada keupayaan seperti :

- Dia suka tengok gambar dan video

- Mudah ingat muka orang walau sekali jumpa

- Suka membaca buku jika dah pandai baca

- Leka bila tengok tv, panggil pun tak dengar

- Kuat berangan dan berimaginasi

Dengan anak visual ni nasihat, pujuk rayu semua tak berkesan. Yang berkesan cuma satu iaitu Role Model. Mereka banyak belajar dengan adanya Role Model yang mereka boleh ikut dan contohi.

Nota :

Anak visual ni toksah la nak membebel pada dia, satu apa pun dia tak faham. Anak lebih suka kalau kita demo mana baik dan mana buruk, gitu cepat dia belajar.

Learning Style Anak Anak : KINESTATIC

Anak kinestatic adalah anak yang paling aktif dan paling lasak sekali. Dia susah nak rasa takut. Dia rasa satu dunia ni Playground dia.

Mana tak nya dia rasa dunia ni playground, sebab tubuh dia “Learning Tool” utama dia. Dia banyak belajar dengan rasa sendiri sensasi dari pergerakan tubuh. Sakit, jatuh, luka, benjol tu semua mainan dia.

Lihat pada tingkahlaku dia dah boleh kenal.

- Susah nak duduk diam

- ada sahaja akal dia nak cuba sesuatu yang baru

- Tak mudah takut walau dah banyak kali jatuh

- Bila dapat main dia happy

- Bila suruh duduk diam dia murung

Anak kinestatic ni tak boleh selalu kata “tidak”. Mereka berkembang dengan Explore & Learn. Biarkan je dia nak cuba apa pun, tapi dengan pantauan mak ayah.

Nota :

Anak kinestatik ini tak boleh duduk setempat, ini kerana bila dia duduk tak buat apa-apa, otak akan bagi signal stress. Itu yang punca anak meragam dan tantrum.

Learning Style Anak Anak : TACTILE

Ini pula anak yang suka pada sentuhan tangan. Anak jenis yang suka “hand-on” aktiviti seperti menulis, melukis, gerakan dan building toys.

Anak tactile ni macam jurutera kecil kerana mereka suka membina gunakan tangan mereka seperti susun puzzle, bina lego, pasang mainan dan bina rumah mainan.

Daripada cara anak bermain kita boleh kenal :

- Minat mainan puzzle

- Leka kalau main lego

- Suka kereta yang boleh bergerak

- Dapat pensil, habis semua tempat di conteng

- Pergi mana-mana, tangan mesti pegang sesuatu

Anak tactile ni sebenarnya ada bakat semulajadi untuk jadi orang bijak dan hebat. Ini kerana mereka suka pada membaca dan menulis. Mudah nak belajar esok hari.

Nota :

Cuma masa anak kecil tu kena banyak sabar la sebab tangan mereka akan cepat menconteng, menjatuhkan barang dan merosakkan apa sahaja di depan mata.

Kenali potensi sebenar anak sebelum menilai okey!

Wallahu A’lam,

Mohd Fhais
Parenting Influencer



January 16, 2021

Jawatan Kosong JURU X-RAY DIAGNOSTIK GRED U29 (Tarikh Tutup 19 Januari 2019)

by , in

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam usaha untuk membuat pengambilan Juru X-Ray Diagnostik (JXRD) Gred U29 secara kontrak (Contract of Service) bagi tempoh 1 tahun untuk membantu menangani pandemik COVID-19.




Jawatan Kosong  JURU X-RAY DIAGNOSTIK GRED U29  

Syarat Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 45 tahun. 

2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu. 

3. Memiliki Diploma dalam bidang radiografi, pengimejan perubatan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

4. Memandangkan pengambilan ini adalah kontrak jangka pendek (1 tahun) sebagai petugas kesihatan bagi membantu dalam menangani wabak COVID19, calon hendaklah mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak berisiko seperti mengandung, tiada masalah kesihatan kronik seperti penyakit jantung, asma, Chronic Obstructive Airway Disease (COAD), Diabetes Mellitus (DM), Hypertension (HPT) dll., tiada kecacatan mental atau anggota badan, tidak mempunyai penyakit berjangkit dan sebagainya. 

5. Sedia menyumbang perkhidmatan di mana-mana fasiliti hospital atau klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara yang melibatkan pelbagai kategori pesakit termasuk pesakit COVID-19. 

6. Sedia bertugas lebih masa / luar waktu pejabat, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am mengikut keperluan. 

7. Lulus tapisan panel temuduga dari pihak KKM. 


Cara Memohon:

1. Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan secara atas talian google form dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan muatnaik dokumen sokongan melalui pautan berikut https://forms.gle/gsf5J2XFmZjMnuJb7 mulai 13 Januari 2021, jam 5.00 petang.

2. Calon hendaklah memberikan maklumat yang lengkap, tepat dan benar dalam borang permohonan. Pelantikan boleh dibatalkan sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat tidak tepat dan tidak benar.

3. Permohonan yang tidak memenuhi syarat ditetapkan, tidak lengkap, tidak benar dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. 

4. Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan ditemuduga secara atas talian.


Tarikh Tutup Permohonan:

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Januari 2021 jam 5.00 petang. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup ini tidak akan dipertimbangkan. Keputusan pelantikan adalah muktamad dan tiada sebarang rayuan akan dipertimbangkan.
Semoga bermanfaat. 


Pautan / Rujukan:

https://www.moh.gov.my/moh/resources/maklumat%20terkini/2021/Jan/IKLAN_JURU_X-RAY_DIAGNOSTIK_GRED_U29_KONTRAK.pdf

Info dikongsi bersama.
January 16, 2021

Jawatan Kosong JURURAWAT GRED U29 (Tarikh Tutup 19/Januari/2021)

by , in

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam usaha untuk membuat pengambilan Jururawat Gred U29 secara kontrak (Contract of Service) bagi tempoh 1 tahun untuk membantu menangani pandemik COVID-19.


Jawatan Kosong JURURAWAT (TGRED U29 Tarikh Tutup 19/Januari/2021)


Jawatan Kosong JURURAWAT GRED U29 (Tarikh Tutup 19/Januari/2021)


Syarat Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 45 tahun.

2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan. 

3. Memiliki Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

4. Memandangkan pengambilan ini adalah kontrak jangka pendek (1 tahun) sebagai petugas kesihatan bagi membantu dalam menangani wabak COVID19, calon hendaklah mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak berisiko seperti mengandung, tiada masalah kesihatan kronik seperti penyakit jantung, Asthma, Chronic Obstructive Airway Disease (COAD), Diabetes Mellitus (DM), Hypertension (HPT) dll., tiada kecacatan mental atau anggota badan, tidak mempunyai penyakit berjangkit dan sebagainya.

5. Sedia menyumbang perkhidmatan di mana-mana fasiliti hospital atau klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara yang melibatkan pelbagai kategori pesakit termasuk pesakit COVID-19.

Sedia bertugas secara bergilir (syif)/ lebih masa / luar waktu pejabat, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am mengikut keperluan.

7. Lulus tapisan panel temuduga dari pihak KKM. C. CARA MEMOHON 1. Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan secara atas talian melalui pautan berikut https://forms.gle/ihaz6gfboM1bKJgx5 mulai 13 Januari 2021, jam 5.00 petang.

2. Calon hendaklah memberikan maklumat yang lengkap, tepat dan benar dalam borang permohonan. Pelantikan boleh dibatalkan sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat tidak tepat dan tidak benar.

3. Permohonan yang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan, tidak lengkap, tidak benar dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

4. Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan ditemuduga secara atas talian. 5. Calon hendaklah sertakan salinan kad pengenalan, salinan Sijil Diploma Kejururawatan dan Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Jururawat di dalam format borang yang disediakan.


Cara Memohon:

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Januari 2021, jam 5.00 petang. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup ini tidak akan dipertimbangkan. Keputusan pelantikan adalah muktamad dan tiada sebarang rayuan akan dipertimbangkan.

Dan semoga anda lulus permohonan.
January 16, 2021

Jawatan Kosong JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29 (Tarikh Tutup 19/Januari/2021)

by , in
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam usaha untuk membuat pengambilan Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) Gred U29 secara kontrak (Contract of Service)bagi tempoh 12 bulan untuk membantu menangani pandemik COVID-19.

Jawatan Kosong JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29

Jawatan Kosong JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29 (Tarikh Tutup 19/Januari/2021).


Syarat Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 45 tahun.

2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.

3. Memiliki Diploma dalam bidang Teknologi Makmal Perubatan, daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Memandangkan pengambilan ini adalah kontrak jangka pendek (12 bulan) sebagai petugas kesihatan bagi membantu dalam menangani wabak COVID19, calon hendaklah mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak berisiko seperti mengandung, tiada masalah kesihatan kronik seperti penyakit jantung, asma, Chronic Obstructive Airway Disease (COAD), Diabetes Mellitus/Dermatomyositis (DM), Hyperparathyroidism (HPT) dll., tiada kecacatan mental atau anggota badan, tiada mempunyai penyakit berjangkit dan sebagainya.

5. Sedia menyumbang perkhidmatan di mana-mana fasiliti hospital atau klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara yang melibatkan pelbagai kategori pesakit termasuk pesakit COVID-19.

6. Sedia bertugas lebih masa / luar waktu pejabat, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am mengikut keperluan 7. Lulus tapisan panel temuduga dari pihak KKM.


Cara Memohon: 

1. Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan secara atas talian melalui pautan berikut https://bit.ly/JTMPKontrakU29S2 mulai 13 Januari 2021, jam 5.00 petang. 

2. Calon hendaklah memberikan maklumat yang lengkap, tepat dan benar dalam borang permohonan. Pelantikan boleh dibatalkan sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat tidak tepat dan tidak benar. 

3. Permohonan yang tidak memenuhi syarat ditetapkan, tidak lengkap, tidak benar dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. 

4. Hanyacalon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan ditemuduga secara atas talian. 


Tarikh Tutup Permohonan:

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Januari 2021 jam 5.00 petang. 

Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup ini tidak akan dipertimbangkan. 

Keputusan pelantikan adalah muktamad dan tiada sebarang rayuan akan dipertimbangkan.


Rujuan/Pautan: 

https://www.moh.gov.my/moh/resources/maklumat%20terkini/2021/Jan/IKLAN_JURUTEKNOLOGI_MAKMAL_PERUBATAN_GRED_U29_KONTRAK_JTMP.pdf

Info dikongsi bersama.
January 09, 2021

Tarikh Mula Sekolah Dan Takwim Lengkap Cuti Sekolah Sesi 2021

by , in

Tarikh Mula Sekolah Sesi 2021 Dan Takwim Lengkap Cuti Sekolah || hi. Sekadar berkongsi informasi tentang arahan buka sekolah 2021 dan takwim lengkap cuti sekolah bagi sesi 2021.

tarikh mula sekolah 2021

Dilampirkan juga penggal persekolahan tahun 2021 akan bermula , dan korang bolehlah tengok senarai cuti sekolah untuk memudahkan korang merancang percutian korang kelak.

takwim cuti sekolah 2021

takwim cuti sekolah 2021

Semoga perkogsian ini bermanfaat buat semua.

Wassalam,

November 19, 2020

Blog Latest Update

by , in

Post Top Ad